Sabtu, 5 September 2009

birds artikal

http://www.birdsnways.com/birds/artspec.htm

Rabu, 2 September 2009

Sahabat ku dari Melaka

Seorang sahabat daripada Melaka telah berkunjung ke rumah untuk melihat koleksi saya pada hari Ahad ( 30.08.2009 )dia datang dengan seorang jejaka tampan bernama Alex ... yang saya boleh 'tabik spring' dengan Mr Low ini ialah dia boleh terus balik ke Melaka pada hari yang sama .. maksud saya pergi dan balik dalam masa 24 jam .. kalau orang muda tak heran saya tetapi Mr low ni dah berusia 50 tahun lebih .. kalah orang muda ni. Kalau saya sungguh saya tak larat. Tahniah Mr Low.


Ini adalah burung Mr Low yang ditukarkan dengan satu pasang grey ( katanya diberi nama Cleo dan Petra )... amazon ini tak pernah dikeluarkan dari sangkarnya .... disebabkan saya suka burung yang berada di atas 'parrot stand' berbanding dalam sangkar terpaksa burung ini saya dan isteri kerjakan ( potong bulu sayap dan letak rantai pada kaki ) ... hari pertama gelabah juga ia nak sesuaikan diri dengan setuasi yang baru ini ... pantang terkejut terus mengelupar untuk terbang ... amazon ini pun kurang mesra lagi dengan saya ... setiap kali dihulurkan tangan dia akan cuba untuk mengelak aje.


Ini merupakan video yang saya rakam pada hari ketiga burung ini bersama saya ... mungkin ia sudah mula mempercayai saya mungkin ... setelah beberapa kali percubaan akhirnya saya berjaya menyakinkannya untuk naik ke atas tangan saya. Kalau Mr Low tengok video ini nanti dia pun pasti terkejut juga mungkin ... heh..heh...heh