Sabtu, 6 Februari 2010

lama tak masuk

Maaf lama benar rasa tak masuk blog ni ... satu tak ada masa dan yang keduanya tak ada berita terkini nak kongsi dengan member-member .. burung macam biasa aje ... cuma kebelakangan ini lebih tumpukan kepada projek burung budgie .. bukan apa dulu dah pernah pelihara burung ni tetapi lepas semua sekali dalam satu kurungan ... mula-mula ok tak ada masalah ... tetapi bila masuk aje tahun kedua timbul banyak masalah ... masalah pertama betina bergaduh berebut nestbox ... tak apa lagi boleh diatasi dengan menambahkan bilangan nestbox tetapi bila masalah kedua timbul saya terus fed up terus main burung budgie ni ... nak tahu apa masaalahnya? ... tak lain dan tak bukan masalah keturunan ... bayangkan anak yang keluar jadi down sindrom ... sayap tak tumbuh atau jadi botak ... tu tak apa lagi tetapi bila hari-hari 5 hingga 6 ekor jatuh macam daun gugur ( mati ) saya terus jual semua budgie saya.

Sekarang ni nak mula balik le ... mungkin dengan design baru sangkar budgie ni saya boleh mengatasi segala masalah yang pernah timbul dulu.

Langkah 1


Saya gunakan ukuran 8 kaki panjang dan 6 kaki ting serta lebar sangkar 2 kaki. Tinggi setiap tingkat ialah 1.5 kaki gunakan tingkat ke 2 hingga ke 4 sahaja, bahagian bawah dikekalkan sebagai kaki kepada sangkar tersebut.





Langkah 2



Langkah 2 pula ialah buat sebuah lagi sangkar sepertimana di langkah 1, segala-galanya sama












Langkah 3




Satukan kedua-dua sangkar dengan menyediakan ruangan ditengah-tengahnya sebanyak 4 kaki.











Langkah 4


Setelah disatukan kedua-duanya boleh le di sesuaikan kedudukkan atapnya. Kalau hendak cantik buat le bumbung berbentuk A, Kalau nak save budget main letak aje le atap tu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan