
Ini adalah hasil pertama setelah 3 bulan saya beralih arah kepada Grey, nampaknya grey lebih senang dibiakkan berbanding burung medium saiz parrot yang lain. Pasangan ini diberinama Romeo dan Juliet sebab asyik membelai aje.

Selapas 30 hari mengeram 25.12.2009 merupakan anak yang pertama lahir di sangkar saya. 3 hari berselang kelihatan seekor lagi menetas kesemua menetas selang 4-5 hari kamudian.

Ini pula 2 ekor yang dikeluarkan untuk tujuan handfeed .. kebetulan ada seorang kawan dari Melaka telah membuat tempahan hari tu. Yang ini berusia 10 hari

Setelah mencapai usia 15 hari begini le saiznya.

Ini anak yang terakhir saya jual kepada seeorang kenalan dari Perak. Berusia 18 hari
Tiada ulasan:
Catat Ulasan