Jumaat, 24 Julai 2009

Pasangan Kedua ( Kunta Kinte )

Ini merupakan pasangan kedua yang bertelur di rumah saya. Pasangan ini diberi nama kunta kinte sebab sukar dibezakan yang jantan dengan yang betina ... dua-duanya sama gelap ( hitam )mula bertelur 21.06.2009 .... kalau diikutkan pasangan ini bukan pasangan pilihan saya yang akan bertelur awal ..... dulu ianya merupakan pasangan yang ingin saya jual .. tapi sekarang merupakan pasangan kesayangan saya le.



Mula amenetas pada 21.07.2009 ... pasangan ii lain sikit sebab sentiasa bersama di dalam kotak... kadang-kadang takut juga ianya akan terpijak anak yang baru menetas ... tapi buat setakat ini belum ada masalah lagi dengan anak-anaknya.

Ini adalah kulit telur anak yan baru menetas .... saiznya sama dengan telur ayam gred F.


Kelihatan anak yang baru menetas di anatara celah-celah kaki induknya. Bgusnya Grey ialah kita boleh bermain-main dengan anak-anaknya ... bawa keluar hanndfeed dan letak balik pun induknya tak kisah .... kalau cockatoo jangan harap le boleh buat macam tu .... pegang aje anak terus dibunuhnya ... sama macam cocketail juga.


Telur terakhir yang belum menetas ... dah nampak kesan tebukan pada telur tersebut.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan