Ahad, 23 Ogos 2009

Perkembangan Anak Tumpang

Setelah genap 14 hari anak pertama menetas beginilah gambar anak-anak Romeo & Juliet .... dua ekor dijaga oleh pasangan ini dan dua ekor lagi ditumpangkan dengan Rose Ringed Parakeet ( IRN )



Ini adalah anak sulung yang genap usianya 14 hari. Anak ini dijaga oleh induknya sendiri ... matanya baru buka sebelah sahaja ... mungkin dalam sehari dua lagi mata yang sebelah lagi akan dibuka. Sekarang ia telah menjadi pemastautin tetap di Kemaman Terengganu ... brother Nik telah menjadi pemilik tetapnya sekarang. Mungkin lepas ni banyak perkataan yang berakhir dengan ...ng akan keluar dari mulut abang long ni ..."ambe nok makang ikang' heh..heh..heh

Ini pula merupakan anak kedua dan ianya juga dijaga oleh pasangan Romeo & Juliet ... perbezaannya dengan yang sulung nampak jelas .. bayangkanlah ini baru anak kedua .. kalau ketiga dan keempat tentu mati terus ... tetapi allhamdullilah anak yang kedua ini pun sihat cuma saiznya yang kecil sedikit daripada yang pertama.



Ini merupakan anak yang ketiga dan ianya dijaga oleh IRN ... kelihatan saiznya sama dengan anak yang kedua .. menunjukkan IRN dapat menjaga anak-anak tumpang ini dengan jayanya ... ini baru usia 10 hari berbeza 4 hari dengan yang pertama


Ini merupakan anak yang keempat dan merupakan anak yang bongsu dijaga oleh IRN ... biasanya anak yang bongsu inilah yang selalu mati apabila saya biarkan induknya sendiri yang menjaganya ... tetapi dengan kaedah ibu tumpang ini anak yang selalunya bernasib malang ini dapat saya selamatkan.

Rabu, 12 Ogos 2009

Rumah baru

Begitu manja ia mendapat belaian daripada tuan baru ... kalau dekat rumah terpaksa berebut-rebut atau bersaingan dengan adik-adik yang lain untuk mendapat belaian sebegini .... nampak sangat mengada-ngadanya siap tidur atas tapak tangan lagi sekarang ..heh..heh..heh

Gambar ni Miss Wong hantar semalam 11.08.2009 iaitu genap 3 minggu ( 21 hari ) selepas anak sulung Kunta & Kinte menetas ( Menetas pada 21.07.2009 )... tengok pada gayanya sihat dan cergas ... makanan apa yang diberikan oleh Miss Wong pun saya tak tahu ... tentu yang terbaik punya untuk anak burung kesayangannya ini mungkin .. heh...heh..heh
P/S : ini adalah gambar ihsan daripada Miss Wong yang dihantar kepada saya menerusi MMS...

Jalan Penyelesaian

Ini adalah antara jalan penyelesaian yang saya gunakan untuk memasti anak-anak CAG saya hidup kesemuanya

Pengalaman saya dalam membiak spesis Rose Ring Parakeet membuktikan bahawa spesis ini merupakan spesis yang pandai dan rajin menjaga anak ... setiap kali menetas aje pasti kesemua anak-anaknya hidup ... pendekatan ini saya gunakan untuk menukar telur Rose Ring Parakeet saya dengan sebiji telur CAG ... bukannya apa ini untuk tujuan penyelidikan sahaja ... kalau menjadi syukur kalau tak menjadi mungkin saya rugi sebiji telur CAG saja ye... heh..heh..heh
Ini adalah hasil saya saya perolehi ... kelihatan telur CAG menetas diantara telur-telur IRN ...fuh 1 langkah telah berjaya ... saya terpaksa tunggu 2 hari untuk memastikan anak CAG itu disuap oleh IRN dan penantian saya tidak sia-sia .. IRN merupakan contoh induk terbaik untuk dijadikan ibu tumpang kepada anak-anak CAG
Langkah seterusnya ... saya masukkan sebiji lagi telur terakhir CAG saya megantikan 2 biji telur IRN ... saya rasa besok 13.08.2009 telur akan terus menetas kerana hampit separuh dari telur itu sudah ada kesan tebukan..... kalau jalan penyelesan ini menguntungkan saya dan dapat memestikan anak-anak CAG saya terus hidup nampak gaya mungkin semua IRN saya nanti akan dijadikan ibu tumpang.

Sedihnya

Mungkin pengalaman ini pun pernah dirasai oleh breeder-breeder di dunia ini ... masalah kematian anak yang bongsu ( terkecil )

Ini ialah anak kepada Romeo & Juliet saya ... ianya merupakan anak yang keempat dan terakhir sekali ... beza hari menetasnya dengan abang sulungnya ialah 8 hari ....mungkin induknya tidak berapa ampak adik bongsu ini kerana terlalu kecil hingga terpijak sehingga keluar isi perut ... sedih

Ini pula anak ketiga Kunta & Kinte yang menetas baru-baru ini ... ianya mati juga akhirnya ... mungkin kesilapan saya yang terus membiarnya bersama-sama dengan induknya walaupun setelah diperhatikan 2 hari masih belum disuap makanan ... hari ketiga saya keluarkan kelihatan anak ini telah tidak bermaya dan terlalu lembik ... walaupun saya hanfeed tetapi makanan sudah tidak boleh masuk ke dalam temboloknya ...yang berkesudahan dewngan kematian.

Nota : pengajaran daripada ini saya boleh membuat andaian bahawa bukan mudah untuk memastikan kesemua anak-anak CAG hidup walaupun kesemuanya menetas ... mungkin faktor sela masa waktu anata telur pertama dengan terakhir menetas adalah lama menyebabkan saiz anak yang pertama dengan anak yang terakhir begitu ketara ... masalah berebut makan mungkin akan timbul memyebabkan hanya yang besar yang mendapat makan dan yang kecil mati kelaparan.

Handfeed

Ada dua jenis citarasa peminat burung yang perhatikan selama ini ... ada yang suka membela dengan tujuan membiak dan ada juga membela untuk dibuat main ( jinak )... bagi yang ingin dibiakkan... kebanyakan burung-burungnya liar le sikit ... tapi kalau untuk dibuat main burung itu terpaksa le dikeluarkan awal daripada induknya untuk tujuan handfeed.


Sebelum anak burung dikeluarkan untuk tujuan handfeed terlebih dahulu makanan formula perlulah disediakan ... ada yang memilih untuk membuatnya sendiri dengan mencampurkannya dengan beberapa bahan yang berkhasiat dan ada juga yang terus membelinya yang telah siap daripada Pet Shop ... saya lebih senang beli yang telah siap sebab telah terbukti khasiatnya ... lagipun leceh sikit untuk buat sendiri ni. Antara brand yang terbukti khasiatnya dan ada dalam pasaran kita ialah Exact - Kaytee.


Untuk langkah seterusnya .. saya pastikan anak CAG saya dikeluarkan sebelum ianya membuka matanya lagi ... biasanya antara 10 hingga 14 hari selepas menetas. Bukannya apa kalau ia buka mata nanti kita ada orang yang pertama ia melihat ... kita ni macam ibubapanya le .. heh..heh..heh.

Saya gunakan bekas tupperware yang di alas dengan habuk hamster untuk menyenangkan urusan memberi makan dilakukan ... picagarinya pula saya gunakan terus tanpa diletakkan getah tiup basikal dihujungnya ... kaedah ini saya gunakan setelah melalui pengalaman anak CAG tertelan getah semasa handfeed ... mati anak burung tu akhirnya.

Video di bawah ialah video anak grey yang berusia 2 minggu sedang diberi makan.