Sebelum anak burung dikeluarkan untuk tujuan handfeed terlebih dahulu makanan formula perlulah disediakan ... ada yang memilih untuk membuatnya sendiri dengan mencampurkannya dengan beberapa bahan yang berkhasiat dan ada juga yang terus membelinya yang telah siap daripada Pet Shop ... saya lebih senang beli yang telah siap sebab telah terbukti khasiatnya ... lagipun leceh sikit untuk buat sendiri ni. Antara brand yang terbukti khasiatnya dan ada dalam pasaran kita ialah Exact - Kaytee.
Untuk langkah seterusnya .. saya pastikan anak CAG saya dikeluarkan sebelum ianya membuka matanya lagi ... biasanya antara 10 hingga 14 hari selepas menetas. Bukannya apa kalau ia buka mata nanti kita ada orang yang pertama ia melihat ... kita ni macam ibubapanya le .. heh..heh..heh.
Saya gunakan bekas tupperware yang di alas dengan habuk hamster untuk menyenangkan urusan memberi makan dilakukan ... picagarinya pula saya gunakan terus tanpa diletakkan getah tiup basikal dihujungnya ... kaedah ini saya gunakan setelah melalui pengalaman anak CAG tertelan getah semasa handfeed ... mati anak burung tu akhirnya.
Video di bawah ialah video anak grey yang berusia 2 minggu sedang diberi makan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan