Pengalaman saya dalam membiak spesis Rose Ring Parakeet membuktikan bahawa spesis ini merupakan spesis yang pandai dan rajin menjaga anak ... setiap kali menetas aje pasti kesemua anak-anaknya hidup ... pendekatan ini saya gunakan untuk menukar telur Rose Ring Parakeet saya dengan sebiji telur CAG ... bukannya apa ini untuk tujuan penyelidikan sahaja ... kalau menjadi syukur kalau tak menjadi mungkin saya rugi sebiji telur CAG saja ye... heh..heh..heh
Ini adalah hasil saya saya perolehi ... kelihatan telur CAG menetas diantara telur-telur IRN ...fuh 1 langkah telah berjaya ... saya terpaksa tunggu 2 hari untuk memastikan anak CAG itu disuap oleh IRN dan penantian saya tidak sia-sia .. IRN merupakan contoh induk terbaik untuk dijadikan ibu tumpang kepada anak-anak CAG
Langkah seterusnya ... saya masukkan sebiji lagi telur terakhir CAG saya megantikan 2 biji telur IRN ... saya rasa besok 13.08.2009 telur akan terus menetas kerana hampit separuh dari telur itu sudah ada kesan tebukan..... kalau jalan penyelesan ini menguntungkan saya dan dapat memestikan anak-anak CAG saya terus hidup nampak gaya mungkin semua IRN saya nanti akan dijadikan ibu tumpang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan