Ahad, 23 Ogos 2009

Perkembangan Anak Tumpang

Setelah genap 14 hari anak pertama menetas beginilah gambar anak-anak Romeo & Juliet .... dua ekor dijaga oleh pasangan ini dan dua ekor lagi ditumpangkan dengan Rose Ringed Parakeet ( IRN )



Ini adalah anak sulung yang genap usianya 14 hari. Anak ini dijaga oleh induknya sendiri ... matanya baru buka sebelah sahaja ... mungkin dalam sehari dua lagi mata yang sebelah lagi akan dibuka. Sekarang ia telah menjadi pemastautin tetap di Kemaman Terengganu ... brother Nik telah menjadi pemilik tetapnya sekarang. Mungkin lepas ni banyak perkataan yang berakhir dengan ...ng akan keluar dari mulut abang long ni ..."ambe nok makang ikang' heh..heh..heh

Ini pula merupakan anak kedua dan ianya juga dijaga oleh pasangan Romeo & Juliet ... perbezaannya dengan yang sulung nampak jelas .. bayangkanlah ini baru anak kedua .. kalau ketiga dan keempat tentu mati terus ... tetapi allhamdullilah anak yang kedua ini pun sihat cuma saiznya yang kecil sedikit daripada yang pertama.



Ini merupakan anak yang ketiga dan ianya dijaga oleh IRN ... kelihatan saiznya sama dengan anak yang kedua .. menunjukkan IRN dapat menjaga anak-anak tumpang ini dengan jayanya ... ini baru usia 10 hari berbeza 4 hari dengan yang pertama


Ini merupakan anak yang keempat dan merupakan anak yang bongsu dijaga oleh IRN ... biasanya anak yang bongsu inilah yang selalu mati apabila saya biarkan induknya sendiri yang menjaganya ... tetapi dengan kaedah ibu tumpang ini anak yang selalunya bernasib malang ini dapat saya selamatkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan