Sabtu, 5 September 2009

birds artikal

http://www.birdsnways.com/birds/artspec.htm

Rabu, 2 September 2009

Sahabat ku dari Melaka

Seorang sahabat daripada Melaka telah berkunjung ke rumah untuk melihat koleksi saya pada hari Ahad ( 30.08.2009 )dia datang dengan seorang jejaka tampan bernama Alex ... yang saya boleh 'tabik spring' dengan Mr Low ini ialah dia boleh terus balik ke Melaka pada hari yang sama .. maksud saya pergi dan balik dalam masa 24 jam .. kalau orang muda tak heran saya tetapi Mr low ni dah berusia 50 tahun lebih .. kalah orang muda ni. Kalau saya sungguh saya tak larat. Tahniah Mr Low.


Ini adalah burung Mr Low yang ditukarkan dengan satu pasang grey ( katanya diberi nama Cleo dan Petra )... amazon ini tak pernah dikeluarkan dari sangkarnya .... disebabkan saya suka burung yang berada di atas 'parrot stand' berbanding dalam sangkar terpaksa burung ini saya dan isteri kerjakan ( potong bulu sayap dan letak rantai pada kaki ) ... hari pertama gelabah juga ia nak sesuaikan diri dengan setuasi yang baru ini ... pantang terkejut terus mengelupar untuk terbang ... amazon ini pun kurang mesra lagi dengan saya ... setiap kali dihulurkan tangan dia akan cuba untuk mengelak aje.


Ini merupakan video yang saya rakam pada hari ketiga burung ini bersama saya ... mungkin ia sudah mula mempercayai saya mungkin ... setelah beberapa kali percubaan akhirnya saya berjaya menyakinkannya untuk naik ke atas tangan saya. Kalau Mr Low tengok video ini nanti dia pun pasti terkejut juga mungkin ... heh..heh...heh

Ahad, 23 Ogos 2009

Perkembangan Anak Tumpang

Setelah genap 14 hari anak pertama menetas beginilah gambar anak-anak Romeo & Juliet .... dua ekor dijaga oleh pasangan ini dan dua ekor lagi ditumpangkan dengan Rose Ringed Parakeet ( IRN )



Ini adalah anak sulung yang genap usianya 14 hari. Anak ini dijaga oleh induknya sendiri ... matanya baru buka sebelah sahaja ... mungkin dalam sehari dua lagi mata yang sebelah lagi akan dibuka. Sekarang ia telah menjadi pemastautin tetap di Kemaman Terengganu ... brother Nik telah menjadi pemilik tetapnya sekarang. Mungkin lepas ni banyak perkataan yang berakhir dengan ...ng akan keluar dari mulut abang long ni ..."ambe nok makang ikang' heh..heh..heh

Ini pula merupakan anak kedua dan ianya juga dijaga oleh pasangan Romeo & Juliet ... perbezaannya dengan yang sulung nampak jelas .. bayangkanlah ini baru anak kedua .. kalau ketiga dan keempat tentu mati terus ... tetapi allhamdullilah anak yang kedua ini pun sihat cuma saiznya yang kecil sedikit daripada yang pertama.



Ini merupakan anak yang ketiga dan ianya dijaga oleh IRN ... kelihatan saiznya sama dengan anak yang kedua .. menunjukkan IRN dapat menjaga anak-anak tumpang ini dengan jayanya ... ini baru usia 10 hari berbeza 4 hari dengan yang pertama


Ini merupakan anak yang keempat dan merupakan anak yang bongsu dijaga oleh IRN ... biasanya anak yang bongsu inilah yang selalu mati apabila saya biarkan induknya sendiri yang menjaganya ... tetapi dengan kaedah ibu tumpang ini anak yang selalunya bernasib malang ini dapat saya selamatkan.

Rabu, 12 Ogos 2009

Rumah baru

Begitu manja ia mendapat belaian daripada tuan baru ... kalau dekat rumah terpaksa berebut-rebut atau bersaingan dengan adik-adik yang lain untuk mendapat belaian sebegini .... nampak sangat mengada-ngadanya siap tidur atas tapak tangan lagi sekarang ..heh..heh..heh

Gambar ni Miss Wong hantar semalam 11.08.2009 iaitu genap 3 minggu ( 21 hari ) selepas anak sulung Kunta & Kinte menetas ( Menetas pada 21.07.2009 )... tengok pada gayanya sihat dan cergas ... makanan apa yang diberikan oleh Miss Wong pun saya tak tahu ... tentu yang terbaik punya untuk anak burung kesayangannya ini mungkin .. heh...heh..heh
P/S : ini adalah gambar ihsan daripada Miss Wong yang dihantar kepada saya menerusi MMS...

Jalan Penyelesaian

Ini adalah antara jalan penyelesaian yang saya gunakan untuk memasti anak-anak CAG saya hidup kesemuanya

Pengalaman saya dalam membiak spesis Rose Ring Parakeet membuktikan bahawa spesis ini merupakan spesis yang pandai dan rajin menjaga anak ... setiap kali menetas aje pasti kesemua anak-anaknya hidup ... pendekatan ini saya gunakan untuk menukar telur Rose Ring Parakeet saya dengan sebiji telur CAG ... bukannya apa ini untuk tujuan penyelidikan sahaja ... kalau menjadi syukur kalau tak menjadi mungkin saya rugi sebiji telur CAG saja ye... heh..heh..heh
Ini adalah hasil saya saya perolehi ... kelihatan telur CAG menetas diantara telur-telur IRN ...fuh 1 langkah telah berjaya ... saya terpaksa tunggu 2 hari untuk memastikan anak CAG itu disuap oleh IRN dan penantian saya tidak sia-sia .. IRN merupakan contoh induk terbaik untuk dijadikan ibu tumpang kepada anak-anak CAG
Langkah seterusnya ... saya masukkan sebiji lagi telur terakhir CAG saya megantikan 2 biji telur IRN ... saya rasa besok 13.08.2009 telur akan terus menetas kerana hampit separuh dari telur itu sudah ada kesan tebukan..... kalau jalan penyelesan ini menguntungkan saya dan dapat memestikan anak-anak CAG saya terus hidup nampak gaya mungkin semua IRN saya nanti akan dijadikan ibu tumpang.

Sedihnya

Mungkin pengalaman ini pun pernah dirasai oleh breeder-breeder di dunia ini ... masalah kematian anak yang bongsu ( terkecil )

Ini ialah anak kepada Romeo & Juliet saya ... ianya merupakan anak yang keempat dan terakhir sekali ... beza hari menetasnya dengan abang sulungnya ialah 8 hari ....mungkin induknya tidak berapa ampak adik bongsu ini kerana terlalu kecil hingga terpijak sehingga keluar isi perut ... sedih

Ini pula anak ketiga Kunta & Kinte yang menetas baru-baru ini ... ianya mati juga akhirnya ... mungkin kesilapan saya yang terus membiarnya bersama-sama dengan induknya walaupun setelah diperhatikan 2 hari masih belum disuap makanan ... hari ketiga saya keluarkan kelihatan anak ini telah tidak bermaya dan terlalu lembik ... walaupun saya hanfeed tetapi makanan sudah tidak boleh masuk ke dalam temboloknya ...yang berkesudahan dewngan kematian.

Nota : pengajaran daripada ini saya boleh membuat andaian bahawa bukan mudah untuk memastikan kesemua anak-anak CAG hidup walaupun kesemuanya menetas ... mungkin faktor sela masa waktu anata telur pertama dengan terakhir menetas adalah lama menyebabkan saiz anak yang pertama dengan anak yang terakhir begitu ketara ... masalah berebut makan mungkin akan timbul memyebabkan hanya yang besar yang mendapat makan dan yang kecil mati kelaparan.

Handfeed

Ada dua jenis citarasa peminat burung yang perhatikan selama ini ... ada yang suka membela dengan tujuan membiak dan ada juga membela untuk dibuat main ( jinak )... bagi yang ingin dibiakkan... kebanyakan burung-burungnya liar le sikit ... tapi kalau untuk dibuat main burung itu terpaksa le dikeluarkan awal daripada induknya untuk tujuan handfeed.


Sebelum anak burung dikeluarkan untuk tujuan handfeed terlebih dahulu makanan formula perlulah disediakan ... ada yang memilih untuk membuatnya sendiri dengan mencampurkannya dengan beberapa bahan yang berkhasiat dan ada juga yang terus membelinya yang telah siap daripada Pet Shop ... saya lebih senang beli yang telah siap sebab telah terbukti khasiatnya ... lagipun leceh sikit untuk buat sendiri ni. Antara brand yang terbukti khasiatnya dan ada dalam pasaran kita ialah Exact - Kaytee.


Untuk langkah seterusnya .. saya pastikan anak CAG saya dikeluarkan sebelum ianya membuka matanya lagi ... biasanya antara 10 hingga 14 hari selepas menetas. Bukannya apa kalau ia buka mata nanti kita ada orang yang pertama ia melihat ... kita ni macam ibubapanya le .. heh..heh..heh.

Saya gunakan bekas tupperware yang di alas dengan habuk hamster untuk menyenangkan urusan memberi makan dilakukan ... picagarinya pula saya gunakan terus tanpa diletakkan getah tiup basikal dihujungnya ... kaedah ini saya gunakan setelah melalui pengalaman anak CAG tertelan getah semasa handfeed ... mati anak burung tu akhirnya.

Video di bawah ialah video anak grey yang berusia 2 minggu sedang diberi makan.

Isnin, 27 Julai 2009

emm



Pernah tengok grey mengawan ... kebetulan hari tu tak ada kerja nak buat ... masa mengintai di celah tingkap nampak aksi ini ... terus cari handycam ... nasib baik bateri masih ada dalam 10 minit ... so jadi le ... sempat rakam sikit aksi ini ... tapi ini untuk tontonan 18SG aje tau ... yang belum cukup umur tu ... jangan tengok ye. heh...heh..heh

Sabtu, 25 Julai 2009

Tengok ini


Bahagian Pertama


Bahagian Kedua


Bahagian Ketiga

Jumaat, 24 Julai 2009

Romeo & Juliet kembali bertelur



Selepas keempat-empat ekor anak-anaknya habis terjual ... kini sekali lagi pasangan kesayanganku kembali bertelur ..... telur yang pertama trerhasil pada 7.7.2009 menunjukkan pada 7.8.2009 nanti pasangan ini akan dapat nak le ... cuba perhatikan pasangan ii ... dua kali bertelur pun nestboxnya belum rosak sikit pun lagi ... kalau semua pasangan grey saya begini alangkah bagusnya ... tak perlu bersusah payah tukarkan nestbox.

Pasangan Kedua ( Kunta Kinte )

Ini merupakan pasangan kedua yang bertelur di rumah saya. Pasangan ini diberi nama kunta kinte sebab sukar dibezakan yang jantan dengan yang betina ... dua-duanya sama gelap ( hitam )mula bertelur 21.06.2009 .... kalau diikutkan pasangan ini bukan pasangan pilihan saya yang akan bertelur awal ..... dulu ianya merupakan pasangan yang ingin saya jual .. tapi sekarang merupakan pasangan kesayangan saya le.



Mula amenetas pada 21.07.2009 ... pasangan ii lain sikit sebab sentiasa bersama di dalam kotak... kadang-kadang takut juga ianya akan terpijak anak yang baru menetas ... tapi buat setakat ini belum ada masalah lagi dengan anak-anaknya.

Ini adalah kulit telur anak yan baru menetas .... saiznya sama dengan telur ayam gred F.


Kelihatan anak yang baru menetas di anatara celah-celah kaki induknya. Bgusnya Grey ialah kita boleh bermain-main dengan anak-anaknya ... bawa keluar hanndfeed dan letak balik pun induknya tak kisah .... kalau cockatoo jangan harap le boleh buat macam tu .... pegang aje anak terus dibunuhnya ... sama macam cocketail juga.


Telur terakhir yang belum menetas ... dah nampak kesan tebukan pada telur tersebut.


Anak-anakku ( Romeo Juliet )















Ini adalah hasil pertama setelah 3 bulan saya beralih arah kepada Grey, nampaknya grey lebih senang dibiakkan berbanding burung medium saiz parrot yang lain. Pasangan ini diberinama Romeo dan Juliet sebab asyik membelai aje.














Selapas 30 hari mengeram 25.12.2009 merupakan anak yang pertama lahir di sangkar saya. 3 hari berselang kelihatan seekor lagi menetas kesemua menetas selang 4-5 hari kamudian.














Ini pula 2 ekor yang dikeluarkan untuk tujuan handfeed .. kebetulan ada seorang kawan dari Melaka telah membuat tempahan hari tu. Yang ini berusia 10 hari














Setelah mencapai usia 15 hari begini le saiznya.














Ini anak yang terakhir saya jual kepada seeorang kenalan dari Perak. Berusia 18 hari

Sangkar



Sangkar ini dulunya saya menempatkan Durcorp's tetapi kini telah digantikan dengan African Grey ... saiznya 4x4x4 kos sebiji lebih kurang RM650 ... kelemahan sangkar ini ialah nestbox ( kotak telur ) terletak di dalam ... nasib baik pasangan grey yang saya tempatkan ke dalam sangkar ini tidak ganas ... nestboxnya masih elok sampai sekarang
Yang ini pun sama design dengan yang di atas ... ada sepasang tu di dalam nestbox ... biasa le pemalu sikit ... kalau orang pergi aje .. terus masuk kotak


Sangkar ini design terbaru saya .... bukan apa nak jimatkan kos ... kalau design lama memerlukan kos RM650 sebiji tetapi yang ini hanya RM900 dah dapat dua biji ( Sangkar semi D )... besi yang digunakan pun dapat dikurangkan.


Ini pandangan sisi sangkar Semi D ... kelihatan nestboxnya yang lebih kemas dan senang untuk diselenggarakan sebab berada di luar. Tapi sangkar ini belum siap sepeuhnya lagi ... atap belum diletakkan.


Ini sangkar lama saya ... dulunya tempat saya menempatkan Rose Ring Neck dan Lorry saya .... sangkar ini berukuran 16x12x12 (pxlxt) tetapi saya telah membuat sedikit ubahsuai di dalamnya. Dibahagian belakangnya saya pecahkan kepada 4 ruang bersaiz 4x6x12 dan dibahagian hadapannya 2 ruang 8x6x12 dibahagian belakang saya jadikannya 2 tingkat menjadikannya 8 sangkar.Grey saya tempatkan dibahagian atas dan Rose Ring Prakeet saya tempatkan dibahagian bawah. Kelihatan Grey lebih sukakan sangkar yang gelap begini berbanding dengan sangkar baru.






Ini pun sangkar lama saya ... dulunya saya tempatkan lorry dan cockatoo ... tetapi sekarang talah dijadikan sangkar Grey dan Jardin pula .. sangkar ini berukuran 12x6x6 dan dipecahkan kepada 3 biji menjadikannya 4x6x6 untuk sesebuah sangkar ... saya gunakan jardin sebagai pemisah antara antara sangkar tersebut ( ditengah ) kalau tidak grey asyik berlawan aje antara sangkar lalau tak dipisahkan.

Memilih pasangan

Ini adalah pasangan yang saya beli pada bulan 12 2008, memandangkan keadaan sekarang yang tidak berapa sesuai untuk saya kembangkan burung-burung yang berlesen seperti Sulfur Creasted, Goffin, Durcorp's, Eclectus, Rose Ring Neck Parakeet dan beberapa jenis lorry seperti Rainbow, Red lorry, Black Cap dan Chettering Lory ... terpaksa le saya jual/tukar kesemua kepada African Grey. buat masa sekarang saya telah memiliki 8 pasang Grey dan insyallah setakat ini dua pasang telah menghasilkan anak. Mungkin dalam masa terdekat saya akan membuat penambahan dalam 5 hingga 6 pasang lagi ... masalah sekarang ialah kekurangan tempat untuk saya tempatkan sarang-sarang yang baru.

African Grey ni jenis yang pemalu sikit berbanding jenis cookatoo dan lorry ... saya mengambil masa sikit dalam proses untuk memahami tingkah lakunya ... nasib baik pengalaman saya yang lebih 10 tahun dalam memelihara Lovebird dapat saya rangkumkan tingkahlaku Grey dan lovebird hampir sama saja ... kalau rasa terganggu dengan sesuatu situasi terus masuk sembunyi ke dalam kotak telur.

Khamis, 23 Julai 2009

grey

Visual Sex Determinationof African Grey Parrots

Tail Feathers

This is to be used only as a quick guide and is not intended to replace DNA or surgical sexing. Most aviculturists are aware of the males being darker in color. This can only be based on the fact both birds originated in the same region of Africa or they are chicks from the same clutch. Also, hens may have a gradual dark-to-light transition of gray from the neck to the belly, while males have a more uniform gray in the same area.
Importers used the under-tail coverts as the guide for sexing. This should not be termed "vent area" or "ventral feathers." The under-tail coverts are directly under the tail feathers and consist of about 10 feathers. Feathers of the hens will be edged in gray, while those of the males will be solid red. Males will occasionally have a hairline of white on the edge.
This is not for babies, and should be used for older greys, approx 18 months and older. The pictures are not great, but they will give you a reasonable idea of what to look for. The grey on the hens can be 1/16th of an inch to almost 1/3 of the feather. I have seen some hens where you could see the grey edge halfway across a room.




Wing Feathers

Observe the birds from about 5 to 10 feet away while they are on a perch or hanging upside down from the cage top and flapping their wings. With this action, three bands of gray can be seen on the underside of the wing. The top band is the feathers making up the ventral antebrachial coverts. The band directly below is the feathers of the minor ventral wing coverts. The last band consists of the primary remiges. In a hen, these bands respectively "appear" gray, white and black. The male "appears" to have only two bands of gray and black. If you hold a bird, rather than viewing from 5 to 10 feet away and study this, your eyes "see" the actual different bands, and you cannot easily distinguish males from females.



copy by ©Jean Pattison

P/s : harap Jean Pattison tidak marah kerana saya telah mengambil artikal beliau .... tujuan untuk kebaikkan kita semua juga.